
Some weeks ago I was actively arguing why I was/am against teaching maths and science in English in Malaysian schools.
Below is the article published in my column in The Star on the matter. A similar (unedited) one in BM published in Sinar Harian today, a personal milestone for me as this is my first time my writing got published in a Bahasa Malaysia publication.
Also here are two pieces from friends of mine who wrote on the same matter. One by Shahril Hamdan, and the other by Najmie Noordin. I highly recommend you to read both as they touched on angles I did not include in my piece.http://zainhd.cm/2011/11/ppsmi-maths-science-in-english/
+
The Star:

Many people find it surprising that I am against the education policy of teaching maths and science in English (PPSMI). This is considering that I am far more fluent in English than I am in Bahasa Malaysia, and went to Universiti Teknologi Mara (UiTM) where everything was taught in English to students who were largely not proficient in the language.
Throughout law school, I was a maths and advance maths private home tutor to students who were sitting for their SPM and PMR exams. Sometimes, I would teach in two different languages as not all the students could understand English well.
I was once a supporter of PPSMI, but have changed my stand since. I’ve come to learn that there’s a huge difference between making a decision and making an informed decision. I changed my mind about PPSMI when I understood the bigger picture.
It started when I saw a draft copy of a World Bank report that looked into the education sector in Malaysia, which is currently being vetted by the Ministry of Education.
In the country’s GDP, we spend 60% more than comparable countries and twice the Asean average for the expenditure of basic education. This is a pattern that covers at least 30 years. Using international comparison, the report finds little or no evidence of a relationship between spending and learning outcomes.
My take from this information and the report as a whole is best illustrated like this: Our education system is like a factory that is heavily invested, well funded, overstaffed and sufficiently supported by stakeholders from the people to their leaders.
Yet its products, the Malaysian students, are not noteworthy.
There is a fundamental problem here. The core objective of this system, which is to educate Malaysians, is not doing what it is meant to do. To implement PPSMI, assuming you think the policy is a good idea, will not be wise. Why ask for a lightweight tyre, when the core structure of your bicycle is falling apart?
If we are going to work on fixing these problems, then we have to be focused.?Implementing something like PPSMI would mean a dillution of energy, time and money towards making the overall system work.
PPSMI has yet to be proven to have significant correlation towards comprehension or results for tertiary science subjects. According to the World Education Ranking conducted by the Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) that measures competency in “Reading, Maths and Science”, the top scorers are Shanghai (China), Korea, Finland and Hong Kong (China). United States ranked 17th, behind Poland and Switzerland.
Here’s another interesting point, assuming that the idea is to make the transition into English tertiary science-based education easier for Malaysian students: Of the approximate 400,000 students who enter Year 1, only 100,000 of them go on to complete their university education. Of that, number, how many of them are actually in the scientific field of study?
Now imagine having PPSMI across Malaysia of which has relevance to a small segment of students.
Imagine the disparity we’re harvesting between the educated, and the non-educated, the employability between the science students and the non-science students. Considering the disparity, caused by the benefit enjoyed by a “selective” segment of our students, can this be good for Malaysia?
If having better standards of English is good for those studying in university and also the country, then improve English as a whole. Japan is ranked 8th in the OECD study and yet, I’m confident that by percentage our population is more exposed to English and understand the language better than the Japanese. Meanwhile, people in Netherlands, ranked 10th, are fluent in Dutch, English and French, too.
Both countries have their education system in their local language.
Education is a national issue that all Malaysians have equity in it. A small school in a rural area where kids live as far as a three-day walk, will not have enough students to make a separate class specially for PPSMI, assuming they even have a teacher who can manage it (well).
Therefore, even if it’s an option, that option is an illusion. They now don’t have access to a portion of our education system, simply because of where they are born. Is that fair?
We have to understand things by tracing back the philosophy of a national education system. Is it meant to give selective special education where the smart will become smarter, and then figure out what to do with those who lack the exposure and opportunities? Is it meant to enable all Malaysians as much as possible to this basic human right? Or, is it purely to produce a workforce or to build a nation of people who are smart and able to articulate?
There’s been a good amount of intelligent people in this world throughout history, who don’t even know English and yet have their knowledge and work transcend beyond their own borders. Let’s work towards a solution for Malaysia. A smart one.
+
Sinar Harian:

Sudah lepas masa yang cukup, saya rasa, setelah Timbalan Perdana Menteri serangkap Menteri Pendidikan membuat keputusan tentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang membolehkan kita membincang akan isu ini dengan lebih asas dan objektif.
Ramai yang terkejut apabila mendengar yang saya merupakan antara mereka yang menentang dasar PPSMI. Lebih – lebih lagi saya lebih fasih berbahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu, dan menerima pendidikan lanjut di UiTM di mana semua pelajaran diajarkan dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar – pelajar yang majoritinya malah tidak fasih dalam bahasa tersebut.
Sepanjang pengajian saya di Fakulti Undang-Undang UiTM, saya menjadi tutor Matematik dan Matematik Tambahan bagi pelajar – pelajar yang mengambil peperiksaan SPM dan PMR. Acapkali saya terpaksa mengajar dalam dua bahasa kerana tidak semua boleh memahami apa yang diajarkan dalam bahasa Inggeris.
Sebelum ini saya merupakan penyokong PPSMI, tetapi saya telah mengubah pendirian saya. Saya sedar bahawa terdapat jurang yang besar dalam mengambil satu keputusan dan mengambil satu keputusan termaklum. Saya telah mengubah pendirian tentang PPSMI setelah memahami situasi ini dengan lebih jelas.
Ia bermula apabila saya terbaca satu salinan draf penyata yang dikeluarkan World Bank berhubung sektor pendidikan di Malaysia, yang pada masa ini sedang diteliti Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berdasarkan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, kita membelanjakan lebih 60% berbanding negara-negara yang sebanding dengan kita dan dua kali ganda lebih banyak daripada purata negara – negara Asean dalam peruntukan pendidikan. Ini telah berjalan sekurang-kurangnya selama 30 tahun. Dibandingkan dengan negara – negara lain, penyata tersebut gagal merincikan sebarang pertalian antara perbelanjaan dan natijah pendidkan.
Apa yang saya perhatikan daripada penyata ini dapat disimpulkan seperti berikut: “sistem pendidikan kita bagaikan sebuah kilang yang telah menerima banyak pelaburan, mempunyai dana yang mencukupi, tenga kerja yang ramai, dan disokong sepenuhnya oleh pihak – pihak berkepentingan baik dari masyarakat awam ke para pemimpin. “
Namun demikian, hasilnya, iaitu pelajar – pelajar kita, tidak berdaya saing.
Di sini kelihatan wujudnya satu masalah yang mendasar. Objektif utama sistem ini, iaitu mendidik rakyat Malaysia, tidak tercapai. Untuk melaksanakan PPSMI, andaikata dasar ini merupakan satu idea yang baik, adalah tidak bijak sama sekali. Berdasarkan analogi sebuah basikal, kenapa kita ingin menukar tayar sedangkan rangka basikal itu sendiri tidak kukuh?
Jika kita ingin memperbaiki sistem ini, kita mesti memfokuskan usaha kita. Pelaksanaan PPSMI akan mencairkan usaha, dana dan masa hanya untuk memastikan seluruh sistem ini dapat berjalan.
PPSMI sendiri masih belum berjaya dibuktikan mempunyai pertalian yang signifikan terhadap pemahaman mahupun keputusan subjek – subjek sains di peringkat tertiari. Menurut World Education Ranking yang dikeluarkan oleh Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) yang mengukur kemampuan dalam “Pembacaan, Sains dan Matematik,” yang mencatat markah tertinggi adalah Shanghai – China, Korea, Finland dan Hong Kong – China. Amerika Syarikat berada di tempat ke-17, di belakang Poland dan Switzerland.
Satu lagi fakta menarik, andaikata idea kita adalah untuk memudahkan peralihan kepada Bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran sains di peringkat tertiari bagi pelajar-pelajar Malaysia: Daripada kira-kira 400,000 yang memulakan pengajian di Tahun 1, hanya kira-kira 100,000 yang berjaya menyelesaikan pengajian mereka. Daripada jumlah itu, berapa ramai yang merupakan graduan daripada bidang sains?
Dan sekarang bayangkan pelaksanaan PPSMI yang hanya memberikan manfaat buat segelintir pelajar di seluruh Malaysia.
Bayangkan jurang yang kita wujudkan di antara mereka yang berpendidikan dan mereka yang tidak, kebolehpasaran (employability) antara pelajar aliran sains dan bukan sains. Apabila kita renungkan jurang ini, yang disebabkan oleh manfaat yang hanya boleh dirasai oleh segelintir masyarakat, adakah ini sesuatu yang baik buat Malaysia?
Jika mempunyai standard Bahasa Inggeris yang lebih baik itu menguntungkan pelajar-pelajar kita di universiti dan juga negara, maka apa yang perlu kita lakukan adalah meningkatkan kualiti pengajaran Bahasa Inggeris itu sendiri! Jepun berada di tangga ke-8 dalam laporan OECD yang sama, tetapi saya yakin yang secara keseluruhan, populasi Malaysia jauh lebih terdedah kepada Bahasa Inggeris daripada Jepun. Manakala masyarakat Belanda, di tempat ke-10, fasih berbahasa Belanda dan Inggeris.
Kedua-dua negara ini mengggunakan bahsa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar pendidikan mereka.
Pendidikan merupakan satu isu nasional di mana setiap rakyat Malaysia mempunyai ekuiti di dalamnya. Sekolah-sekolah kecil di kawasan luar bandar, tidak akan mempunyai pelajar yang cukup untuk melaksanakan kelas PPSMI secara berasingan, itu pun dengan andaian yang mereka mempunyai guru yang terlatih.
Oleh itu, biarpun PPSMI merupakan satu pilihan, ia lebih merupakan satu ilusi. Pilihan ini akan menyebabkan anak-anak di luar bandar ini akan terpinggir daripada pendidikan kita hanya kerana mereka lahir di luar bandar. Adakah ini akan membawa keadilan sosial?
Untuk itu, dalam usaha kita memahami situasi ini, kita perlu menelusuri kembali falsafah pendidikan negara kita. Adakah ia digubal untuk menyediakan satu siri pendidikan khas supaya mereka yang cerdik akan bertambah cerdik dan kemudiannya cuba memberikan penyelesaian kepada mereka yang kurang bernasib baik? Adakah ia digubal untuk menjamin hak setiap rakyat Malaysia untuk diberi peluang menerima pendidikan yang bermutu? Adakah ia digubal hanya untuk menghasilkan tenaga kerja? Atau adakah ia digubal untuk melahirkan generasi pembina negara dan masyarakat yang berwawasan?
Melihat kembali sejarah manusia, telah lahir banyak cendikiawan di dunia ini yang tidak mahir berbahasa Inggeris tetapi berilmu tinggi dan menghasilkan pelbagai karya yang merentasi batas-batas sosiobudaya. Untuk itu, marilah kita berusaha bersama-sama dalam mencari penyelesaian (yang bijaksana) buat Malaysia.