
This was a piece I wrote, my second published in Sinar Harian, sometime late December 2011. It is on the Walkout by the opposition coalition Pakatan Rakyat, when the Public Assembly Bill was bulldozed through the Parliament. My discussion is on the issue of the Walkout itself (that received backlash including from their own supporters), between action by principle, theory and impact.
Banyak yang berlaku di gelombang politik Malaysia semenjak duamenjak ini, yang saya hampir resah untuk pilih apa yang mahu di bincangkan, tanpa mengelirukan isu-isu yang patut diperhatikan, dengan paras emosi yang tidak berlebihan. Lebih hangat isu tersebut, lagi lama harus ditunggu untuk mengemukakan perbincangan yang lebih teratur tanpa tindakbalas yang kurang sihat.
Baru – baru ini, Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Ia merupakan satu draf undang – undang yang membenarkan pihak berkuasa menyekat rakyat untuk berhimpun, hingga ke tahap mengekang kebebasan mereka.
Rang Undang – undang adalah satu draf kepada undang – undang, yang sebaik sahaja diluluskan, menjadi undang – undang yang berkuatkuasa atas semua yang tertakluk padanya. Proses pelulusan ini adalah melalui undian dalam Parlimen. Proses undian ini, adalah satu komponen penting untuk satu draf diangkat menjadi undang – undang. Perdebatan juaga adalah sebahagian daripada proses ini.
Namun demikian, satu perkara di luar kebiasaan telah berlaku di Dewan Rakyat dalam hal ini. Pihak yang mengusulkan rang undang – undang ini tidak membuka ruang untuk perdebatan. Pihak yang membangkang pula, tidak mengundi menentang rang undang – undang ini. Tetapi, apa yang berlaku ialah mereka keluar daripada sidang Parlimen.
Apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan sudah dijangka. Untuk memastikan rang tersebut diluluskan, mereka tidak memberi ruang untuk ia didebatkan dan terus mengusulkan supaya undian langsung diadakan. Tetapi, tindakan melangkah keluar daripada pihak pembangkang tidak dijangka dan ini menyebabkan ramai yang terperanjat. Banyakpihak yang saya tahu amat sedih dengan situasi ini di mana mereka akhirnya memutuskan untuk tidak lagi berbincang tentangnya dan malah bertindak menuding jari ke pihak lain sebagai punca masalah ini.
Dewan Rakyat terdiri daripada politikus-politikus yang mewakili kita, rakyat. Secara teori, apa yang kita fikir, sentimen dan perhatian kita seharusnya dicerminkan oleh wakil – wakil ini. Jadi kelihatan aneh apabila berlaku kejadian melangkah keluar dewan ini. Dan oleh itu, para penyokong pihak pembangkang amat tidak berpuas hati dengan tindakan ini.
Mari kita lihat konsep keluar dewan dalam sistem demokrasi.
Tindakan keluar dewan ini adalah tanda protes, bukan sekadar tanda tidak bersetuju.
Menurut Wikipedia, “aksi keluar dewan ini sering dilakukuan kerana menentang kehadiran seorang pembicara atau menentang konteks sesuatu ucapan yang sedang berlangsung dalam sebuah mesyarat… seringkali sebagai satu cara senyap, dan tidak ganas untuk menunujukkan penolakan.”
Ini bermakna mereka yang memprotes ini tidak cuba menghalang ia daripada berlaku kerana mereka tiada kuasa untuk menghalangnya. Tetapi mereka dengan jelasa sedang menunjukkan penolakan mereka, dengan cara melangkah keluar daripada Dewan Rakyat.
Pandangan terhadap mana – mana rang undang – undang yang sedang dibentangkan biasanya ditunjukkan dengan cara mengundi menentangnya. Mengapa dalam hal ini, aksi keluar dewan yang diambil?
Di sini datangnya isu prinsip.
Mengundi menentangsesuatu, adalah cara normal untuk menunjukkan pandangan kita. Kadang – kala, apabila kita ingin menekan lagi pandangan kita, kita melangkah keluar daripada perdebatan.
Secara prinsip, aksi keluar juga boleh dilakukan terhadap mana – mana tindakan yang kita rasa tidak adil dan kita tidak mahu mengakui tindakan tersebut. Cuba kita bayangkan, perselisihan faham antara rakan-rakan dan berasa sedih kerananya, atau tidak mahu menghubungi seorang rakan atas tindakan yang kita tidak bersetuju dengannya.
Sekarang, kita kembali ke Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dan Dewan Rakyat.
Pertama, tempoh perdebatan yang biasa telah diabaikan. Kedua, rang undang-undang itu sendiri dilihat tidak mematuhi perlembagaan (bermakna tidak boleh diterima sama sekali, bukan hanya sekadar pendapat) oleh pengamal dan pakar undang – undang. Itulah yang menjadi asas kenapa pihak pembangkang menentang tindakan kerajaan dalam hal ini. Jadi, mereka bertindak melangkah keluar dari Dewan Rakyat.
Jika mereka tetap berdiam tidak melangkah keluar, paling tidak mereka hanya bolehmengundi dan tindakan mereka akan direkodkan dalam Hansard (rekod sidang Parlimen) yang boleh dirujuk pada masa akan datang. Tetapi, apakah impaknya?
Berdasarkan apa yang telah saya katakan, tindakan pihak pembangkang sememangnya munasabah. Tetapi, para penyokongnya tidak merasakan sedemikian, apatah lagi rakyat. Kebanyakan yang mengikuti hal ini, berhujah yang oleh kerana terlalu banyak tindakan keluar dewan ini dilakukan, kesannya tidak lagi dirasai.
Pada masa yang sama, satu lagi pihak mengatakan, yang walau pun secara prinsip ia tindakan yang bagus, satu aksi simbolik seperti ini tidak dapat difahami oleh mereka yang tidak mempunyai pendidikan yang mencukupi dalam politik. Oleh kerana itu, saya telah menulis artikel ini.
Saya bukan seorang ahli politik. Saya menulis kerana saya tahu yang politik, seperti ekonomi atau pendidkian, berkati rapat dengan kehidupan kita.
Saya merasakan yang perkara ini amat membingungkan. Baik daripada apa yang telah berlaku, kepada apa yang sepatutnya berlaku, kita memerlukan satu jawaban kepada perkara ini kerana para pemimpin kita berkata yang kuasa ada di tangan kita, para pemuda dan pemudi.
Jadi, jika kita harus mengambil keputusan, apa yang seharusnya kita lakukan?